Sabtu, 25 Julai 2009

Langkah wira TATiUC

Kejohanan karnival MASUKIT 2009 yang berlangsung di padang bola sepak INSTEP telah berakhir pada hari jumaat 24 Julai 2009. Kejohanan yang berlangsung setiap tahun ini telah dimenangi oleh pasukan tuan rumah iaitu INSTEP A manakala pasukan kebanggaan kita TATiUC FC mendapat tempat kedua. Kejohanan kali ini memperlihatkan satu peraturan baru iaitu memerlukan dua orang pemain veteran berumur 40 tahun ke atas yang perlu bermain setiap masa tanpa ada pertukaran pemain.

Pasukan TATiUC membawa dua orang pemain veteran yang mempunyai bakat dan kemahiran yang tinggi iaitu En. Azmi dari TATI Production selaku penjaga gol dan En. Tuan Mohd Shukeri dari jabatan pembangunan dan pengurusan harta selaku penyerang tunggal.

Kelibat kedua pemain ini telah mendapat tepukan, sorakan dan sokongan yang padu dari penonton yang hadir menyaksikan setiap perlawanan yang diharungi oleh pasukan TATiUC.

Memetik dari temubual dengan ketua pasukan iaitu En. Aminul Hakim, "Alhamdulilah, syukur kehadrat ilahi dengan kejayaan pasukan TATiUC mendapat tempat kedua pada kejohanan MASUKIT tahun ini. Pada awalnya saya hampir berputus asa untuk menghantar pasukan TATiUC ke kejohanan ini kerana tidak mencukupi seorang pemain veteran. Alhamdulilah, atas pertolongan dari rakan saya akhirnya kami berjaya memujuk En. Tuan Mohd Shukeri menyertai pasukan TATiUC ke kejohanan MASUKIT kali ini. Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pemain TATiUC yang begitu bersemangat, berkaliber dan berdisiplin demi menjulang nama baik TATiUC di arena sukan bola sepak tanah air".


Senarai nama pemain TATiUC

1. En. Aminul Hakim

2. En. Azmi

3. En. Tuan Mohd Sukeri

4. En. Mohd Azizudin

5. En. Zurairi

6. En. Saifuldin

7. En. Hanafiah

8. En. Amri

9. En. Fadir

10. En. Emi

11. En. Zahid

12. En. Anwar

13. En. Tarmizan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan